Wednesday, April 25, 2007

Artwork Lama aku 1999.


Okay!! ini ada satu artwork lama aku yang tak pernah diterbitkan kat mana-mana.
Ini adalah koleksi peribadi, kerana pertama kali robot ni dilakarkan adalah yang INI dan ia adalah hasil dari kerjasama aku dengan kalerist ROCK. Kenal ROCK?.
Pernah jadi kalerist APO dan pernah terbitkan komik sendiri. KOMIK ROCK. Komik ni keluar sampai isu 2 je lepas tu ditangguh sampai sekarang kerana masaalah negara kot. Sepatutnya robot aku ada keluar isu no 3 tapi...

Kita kembali kepada tujuan posting ni.
kisah artwork ini, ia adalah sketch biasa diatas sekeping kertas yang biasa(biasa,kerana kalau diperatikan betul-betul banyak yang tak balance sebenarnya.) dan aku pun bersiap-siap nak tidur. Kemudian ketika mata aku hampir terlelap, aku perasan ROCK ni ambik sketch biasa aku tu dan pegi scan pastu sambil jeling-jeling tengok aku tidur dan aku pun tertidur.

Bila aku bangun petang tu(aku tidur siang sebenarnya), dia tunjukkan aku hasil yang dah siap. Bila aku tengok, jawapan dalam hati aku adalah "sedap kari ayam yang mak kau masak" dan kepuasan melihat lakaran yang biasa menjadi sesuatu yang agung(pada sudut pandangan peribadi aku) sangatlah best seperti makan ayam dan duit cukup untuk beli beras.
Sangat puas... Terima kasih saudara ROCK.
Suatu hari yang tenang kita akan berkerjasama kembali.
Jumpa lagi.

-info tambahan, si ROCK ni suka edjass brightness/contrast monitor dia sampai cerah.
Jadi untuk kepuasan sila edjass monitor anda.
brightness 60-80 contrast 100. Selamat mencuba.-

Sunday, April 15, 2007

Post pertama.


Ini adalah permulaan aku membuat blog sendiri.

Minat aku? Melukis mecha,robot,pembinaan watak/konsep dan lain-lain lagi. Inilah penjelajahan dan penaklukan aku di benua siber yang tiada sempadan dan patuhan.