Okay!! ini ada satu artwork lama aku yang tak pernah diterbitkan kat mana-mana.
Ini adalah koleksi peribadi, kerana pertama kali robot ni dilakarkan adalah yang INI dan ia adalah hasil dari kerjasama aku dengan kalerist ROCK. Kenal ROCK?.
Pernah jadi kalerist APO dan pernah terbitkan komik sendiri. KOMIK ROCK. Komik ni keluar sampai isu 2 je lepas tu ditangguh sampai sekarang kerana masaalah negara kot. Sepatutnya robot aku ada keluar isu no 3 tapi...Kita kembali kepada tujuan posting ni.
kisah artwork ini, ia adalah sketch biasa diatas sekeping kertas yang biasa(biasa,kerana kalau diperatikan betul-betul banyak yang tak balance sebenarnya.) dan aku pun bersiap-siap nak tidur. Kemudian ketika mata aku hampir terlelap, aku perasan ROCK ni ambik sketch biasa aku tu dan pegi scan pastu sambil jeling-jeling tengok aku tidur dan aku pun tertidur.
Bila aku bangun petang tu(aku tidur siang sebenarnya), dia tunjukkan aku hasil yang dah siap. Bila aku tengok, jawapan dalam hati aku adalah "sedap kari ayam yang mak kau masak" dan kepuasan melihat lakaran yang biasa menjadi sesuatu yang agung(pada sudut pandangan peribadi aku) sangatlah best seperti makan ayam dan duit cukup untuk beli beras.
Sangat puas... Terima kasih saudara ROCK.
Suatu hari yang tenang kita akan berkerjasama kembali.
Jumpa lagi.
-info tambahan, si ROCK ni suka edjass brightness/contrast monitor dia sampai cerah.
Jadi untuk kepuasan sila edjass monitor anda.
brightness 60-80 contrast 100. Selamat mencuba.-
11 comments:
aku memang selalu respek kat kau dengan artwork robot kau tu. Pernah aku tengok kau lukis satu meja besarnya lukisan tu, bermula dengan hanya melukis sebiji skru.. membiak menjadi se ekor robot (robot orang panggil dengan kata ganti apa ha?)
Okay juga walaupun agak gelap. Nak tengok lagi!
amei.. se logamentahleburbentuk.ok kot?
------------------------------------
norman.. saya pernah jugak melawat blog anda sebelum ni.okay juga kerja anda. terima kasih singgah sini.
hahahahaha....agak2 robot nih makan ayam x? xkan satu nih jer mana yg lain2 yg pernah aku terlihat di merata2 tempat seperti kat storyboard member kat kertas bwh meja org..pendek kata kat mana2 yg sempat kau lukis robot2 kau tuh..kem salam kat milo haha
brader,elok lu tambah kaki kalai agar ia lebih ngancam dan gerun kerna lu tau la keadaan kaki kalai...kan kan!
Harap lu terima ngn ati tbuka.
akukalai88
yelahh.. nanti aku buat robot kaki kalai!! siap belendir lagi.
halo bang, bila nak update?
/mazianjoary
assalamualaikum dan hai tuanpunya blog..
baru nampak blog u kat blogroll pekomik yang sedang menunggu moderate link.
saya dah moderate link kat pekomik..dan selamat berkomik.
komik ROCK saya ada dalam simpan haha ucapan sekalung tahniah kalering tahap antarabangsa..
saya kad add link di blog saya dan terimakasih letakkannya di sini
assalamualaikum nuar!
kat sini rupenye ko ye.. ape lg boh le mcm2.. nak gak tau ape perkembangan ko skrg. dah le aku dok jauh ni
buat pertama kalinya aku menangis tgk sebuah lukisan..sunggyh cantik!!bravo buat ko ngan rock!!
eleh rambai... konye work pun semua orang leh nangis ahahaha
wei, nuaq! ape blog ko ni xde ape2 yg baru pun.
Post a Comment